Cerita tiga sahabat - Awal, Beego & Q-Haidar

June 1st, 2008 by awal-ashaari

Hi_02_big1

Inilah tiga sahabat. Do Re Me tahun 2007.

APAKAH yang penting dalam hidup ini? Wang ringgit bukan? Bayangkan kalau hidup tanpa wang ringgit, segalanya akan jadi serba tak kena. Selain wang, sahabat juga penting.

Tanpa sahabat hidup juga tidak bermakna. Kedua-dua elemen itu amat penting bagi kita yang bergelar manusia.

Apa yang hendak saya ketengahkan pada pada minggu ini sejauh mana kita menghargai sahabat.

Kerana apa? Kita kadangkala terlalu mengambil ringan soal sahabat. Kita juga kadangkala terlupa orang yang banyak menolong dalam setiap kesusahan juga sahabat.

Tapi sejauh manakah perhatian kita terhadap sahabat itu melainkan hanya tahu mengambil kesempatan ataupun akan menempel kala mengalami kesusahan.

Sahabat mampu membuatkan kita tersenyum, ketawa ataupun menangis. Malah mempunyai sahabat yang baik dan boleh berkongsi masalah tentunya akan menjadikan hubungan itu lebih akrab.

Tiga orang pelakon ini iaitu Beego, Q-Haidar dan Awal mengakui mereka merupakan sahabat sejati. Seorang lagi yang karib dengan mereka ialah anak Amy Search iaitu Nabila. Tetapi di dalam fotografi ini dia tidak dapat bersama kerana ada urusan keluarga.

Kata Awal, menjadi sahabat yang baik sehingga boleh berkongsi makan satu pinggan bukannya mudah. Sahabat akan memahami perasaan sahabatnya dan sentiasa menjaga hati masing-masing. Itulah murninya sahabat dan bukannya menikam dari belakang.

Beego mengenali Q-Haidar sejak kecil kerana kedua-dua mereka mempunyai pertalian saudara dan sama-sama menetap di Johor. Ketika zaman persekolahan hubungan mereka tidak begitu rapat ibarat ‘aku - kau’ sahaja.

Sebaik sahaja melangkah ke Kuala Lumpur, barulah mereka bertemu dek kerana terlibat dalam bidang yang sama iaitu sebagai pelakon. Bermula dari situlah hubungan itu semakin erat.

Begitu juga dengan Awal. Dia mengenali Beego terlebih dahulu ketika menjadi pengacara rancangan Beat TV di Astro. Pada ketika itu Awal berpeluang menemu ramah Beego yang merupakan anggota kumpulan Phyne Ballerz. Kali kedua pula mereka bertemu ketika penggambaran drama Puteri.

Sementara Awal mengenali Q-Haidar ketika mereka mengikuti rombongan ke Indonesia tahun lalu dan bermula dari situlah hubungan mereka bertambah baik.

Secara tak langsung ketiga-tiga mereka pula mengenali dan berkawan rapat dengan Nabila dan akhirnya menjadikan mereka bagaikan empat serangkai.

Hampir setahun menjalinkan ikatan persahabatan, ketiga-tiga mengakui antara formula untuk menjadi rakan yang baik ialah kejujuran, hormat dan mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain.

Jika elemen itu dibawa di dalam diri seseorang tentunya setiap masalah itu akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Mengakui antara mereka pernah juga berselisih faham ataupun berbeza pendapat namun peranan orang lain penting untuk membolehkan hubungan yang keroh itu kembali jernih.

Awal dan Beego contohnya pernah bermasam muka kerana satu insiden kecil. Kedua-dua mereka mengadu masalah itu kepada Q-Haidar dan dia yang terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya, mereka bersatu semula.

Dituduh gay

Lelaki dengan lelaki apabila baik tentulah masyarakat akan memandang serong. Perkara itu dilalui sendiri ketiga-tiga mereka. Mereka pernah dikaitkan mempunyai hubungan yang tidak sihat gara-gara hubungan yang rapat itu tetapi terus terang mereka boleh memikirkan sesuatu itu dengan rasional.

”Orang pernah kata saya gay. Ada orang juga pernah tuduh Awal dan Q-Haidar ada hubungan lebih daripada seorang kawan. Semua cerita itu sampai kepada kami sebaliknya orang yang mengata itu tak tahu kami sebenarnya berkawan baik.

”Malahan keluarga kami juga saling kenal-mengenali di antara satu sama lain. Kami akui kalau tiada seorang daripada kami termasuklah Nabila, kami akan rasa kesunyian," cerita Beego.

Dalam sibuk bercerita mengenai tuduhan itu, Awal dan Q turut menunjukkan mesej (SMS) daripada Nabila yang mengatakan perasaan rindu tidak berjumpa dengan mereka.

Celah Awal pula, tanggapan buruk itu timbul kerana di dalam perbualan mereka kadang-kadang diselit kata-kata seperti ‘hello sayang’, ‘bye sayang’, yang membuatkan orang salah faham.

Bagi Awal perkara itu tidak salah asalkan tidak melakukan perbuatan yang melampaui batas.

”Mungkin bila orang terdengar kami berborak dengan kata-kata sayang itu membuatkan mereka salah faham. Seperti yang saya katakan, sayang kami sebagai kawan. Sebab itulah hubungan kami boleh bertahan lama," cerita Awal.

Akui Q pula, di antara mereka bertiga, Beego dianggap sebagai abang iaitu orang yang paling banyak memberikan nasihat dan lebih diplomasi.

Bagaimanapun hubungan baik mereka kadangkala dicemburui oleh segelintir rakan artis yang mula menyebarkan perkara tak betul selain berusaha untuk memecahbelahkan mereka.

Bagaimanapun mereka tidak mudah untuk menerima berita-berita seperti itu sebaliknya akan cuba menjauhkan diri dengan golongan sedemikian.

Faktor lain membuatkan hubungan itu boleh kekal lama jelas Beego, mereka tidak mempunyai perasaan dengki.

”Kalau saya tak dapat nak berlakon di dalam sesebuah drama, saya akan berikan tawaran itu kepada Awal atau- pun Q-Haidar. Begitulah sebaliknya. Kalau ketiga-tiga kami tak dapat, kami akan cadangkan artis lain.

”Kami tak macam sesetengah orang apabila sesebuah syarikat produksi mencari artis, mereka berpura-pura tidak tahu untuk berhubung dengan artis lain kerana tak mahu tawaran berkenaan akan terlepas. Cara itu kami cuba hindari jauh-jauh," kata Beego.

Walaupun apa orang nak kata, apa yang penting bertiga memang sahabat yang baik. Tidak peliklah kalau mereka berbual pun ada perkataan ‘I love you’ yang terkeluar.

Awal berdebar menanti Diva

Filem Diva hasil usaha sama antara Malaysia dan Indonesia lebih setahun menjalani penggambaran dan pernah beberapa kali terhenti proses penggambarannya. Akhirnya filem itu bersedia untuk ditayangkan pada 23 Jun akan datang yang merupakan filem pertama lakonan Awal.

Akui Awal, dia berdebar menanti kehadiran filem itu kerana ia merupakan pengalaman pertamanya beraksi sebagai pelakon.

”Lebih setahun ia terhenti tetapi itu tidak mematahkan semangat saya. Sebaliknya saya bersedia menerima kutukan dan kritikan masyarakat untuk melihat sejauh manakah kemampuan saya membawa watak Jay dalam filem itu," kata Awal.

Selepas program Sensasi di TV3 yang telah diharamkan penyiarannya, Awal mendapat tawaran untuk mengendalikan sebuah program realiti televisyen X-Rail terbitan RTM dan kembali mengacara One In A Million terbitan 8TV.

Akui rezekinya semakin murah sekarang ini Awal berharap impiannya untuk berjaya dalam bidang lakonan dan pengacaraan akan berhasil.

Beego bertunang Julai

Kehadiran 7 Julai 2007 merupakan detik yang bermakna bagi Beergo kerana dia akan bertunang dengan rakan sekolah yang dikenalinya sejak sembilan tahun lalu.

Majlis pertunangan sempena tarikh 07.07.07 itu adalah cukup istimewa kerana Beego merupakan anak pertama dalam keluarganya yang akan melangsungkan majlis itu. Sebagai anak pertama tentunya majlis tersebut akan diadakan begitu meriah.

Menurut Beego, mereka dijadual bernikah pada 28 Disember dan diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 29 Disember sementara di rumah pengantin lelaki sehari selepas itu. Ia akan diadakan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Beego juga telah menempah pakaian pengantin dari butik Jovian Mandagie sebanyak lapan pasang termasuk pakaian pengantin perempuan.

Untuk tidak nampak seolah-olah dia menunjuk, Beego enggan memberitahu jumlah hantaran dan kos persiapan perkahwinan yang penuh warna-warni itu.

”Ibu saya yang nak sangat buat majlis ini meriah. Untuk kawan-kawan terdekat dan pihak media, saya akan adakan satu majlis khas di Kuala Lumpur.

”Segala kos perkahwinan termasuk hantaran itu biarlah rahsia saya dan keluarga kerana tak manis kalau orang tahu," kata Beego.

Menurutnya buat masa ini dia belum bersedia mendedahkan siapakah gadis itu tetapi cukuplah memberitahu bakal isterinya bertugas sebagai perunding sumber manusia di sebuah syarikat swasta.

Dalam sibuk menempuh gerbang perkahwinan, Beego turut sibuk untuk menghasilkan album solonya yang akan dibiayai oleh pengarah Aziz M.Osman.

”Insya-Allah, album baru saya berkonsepkan R&B akan muncul nanti. Album itu adalah untuk kepuasan saya dan juga Aziz yang meminati muzik," katanya.

Tuah filem kontroversi - Q-Haidar

Filem Badai Pasti Berlalu yang ditayangkan beberapa hari lalu dikatakan agak kontroversi kerana Q dikatakan tergamak mengambil watak yang dianggap cebisan di dalam filem itu.

Hanya ada tiga babak dalam filem itu, walaupun kecil Q menganggap pembabitannya itu telah membuka ruang yang luas terhadapnya di dalam bidang lakonan.

”Mulanya saya ada enam babak tetapi selepas dipotong cuma ada tiga babak sahaja. Ramai orang yang mengutuk saya tetapi mereka terlupa, kerana filem usaha sama Indonesia dan Malaysia itu, saya mendapat tawaran pengarah filem tersebut untuk terlibat dalam filem terbarunya," katanya.

Walaupun agak sedih kerana diperkecilkan sebegitu rupa namun bagi Q peluang berkenaan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Sepintas lalu

Awal
Nama penuh: Ahmad Awaluddin Ashaari

Nama panggilan: Awal Ashaari

Tarikh lahir: 6 Ogos 1981

Umur: 26 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Tinggi: 182 sentimeter

Berat: 72 kilogram

E-mel: awal.fc@gmail.com

Beego
Nama penuh: Md. Aszerul Nizam

Nama panggilan: Beego

Tarikh lahir: 24 November 1980

Umur: 27 tahun

Tempat lahir: Johor Bahru, Johor

Tinggi: 170 sentimeter

Berat: 72 kilogram

E-mel:sha_sze@yahoo.com

Q-Haidar
Nama penuh: Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar

Nama panggilan: Q-Haidar

Tarikh lahir: 30 Mei 1979

Umur: 27 tahun

Tempat lahir: Johor Bahru

Tinggi: 175 sentimeter

Berat: 62 kilogram

E-mel: Qhaidar@gmail.com

Tini, Awal Hangatkan Prakemuncak Majlis AIM

May 31st, 2008 by awal-ashaari

MALAM esok pastinya banyak mata akan tertumpu ke majlis Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM 15) yang mengiktiraf yang terbaik di kalangan terbaik penggiat seni dalam dunia muzik. Namun setengah jam sebelum bermulanya rancangan itu, dua hos yang sedang melakar nama, Awal Ashaari, 26 dan Kartini Kamarul Ariffin (Tini), 30 bakal mengendalikan program yang diberi nama From The Blue Carpet tepat jam 8.30 malam di ntv7, stesen televisyen rasmi AIM 15.

Itu kolaborasi sulung mereka lalu semestinya tanggungjawab serta mandat yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin. Biarpun menyedari yang mereka bukanlah hos utama bagi AIM 15, jelas Tini, mereka bukan sekadar tempelan dan berjanji untuk menghiburkan penonton dalam ruang singkat yang diperuntukkan.

"Saya tak merasakan tugas mengendalikan program berdurasi setengah jam itu sebagai tempelan semata-mata. Saya akan memanfaatkan tugas ini sedaya mungkin. Ia satu penghargaan untuk membuktikan yang saya mampu melakukannya. Saya pun tak merasakan yang saya mampu melaksanakan tugas yang dipikul hos utama AIM. Mereka lebih berpengalaman daripada saya, banyak benda dan aspek yang saya boleh pelajari daripada hos utama. Yang penting, saya akan relaks dan enjoy mengendalikan program ini.

"Sebagaimana yang pasti dilakukan oleh hos, saya sudah membuat persediaan mengenai maklumat calon yang bertanding pada AIM tahun ini dan juga pemenang tahun lalu. Saya masih dalam peringkat pembelajaran, pastinya saya akan menjadikan Awal sebagai sumber rujukan dan pertanyaan. Saya yakin dia lebih tahu mengenai industri muzik dan fesyen. Sewaktu bertugas di konti radio Hotfm, saya tidak segan untuk bertanya rakan penyampai radio yang lain. Saya tak nak dikatakan bodoh sombong," kata Tini yang semakin langsing.

Rezeki Tini semakin murah hari demi hari, hingga tidak menang tangan. Selain bergelar penyampai radio di Hotfm, Tini juga mengendalikan Gang Starz 2 dan terbaru, Chipsmores Adventures sebanyak enam episod yang menjalani penggambaran di Pulau Pangkor dan Gopeng. Tini juga cukup sinonim dengan program 3R kendaliannya bersama Rafidah dan Celina.

Awal Ashaari dan Kartini Kamarul Ariffin

Sementara itu, Awal juga bersetuju dengan pandangan Tini. Menurut Awal, setiap peluang mengendalikan apa juga rancangan dilihat sebagai satu pengalaman berharga. Biarpun menjadi pilihan kedua menggantikan tempat Ashraf Sinclair pada permulaannya, bukan satu alasan untuk Awal berkecil hati.

"Soal itu (pilihan kedua) mahupun tempelan bukan isu yang perlu dibangkitkan apatah lagi untuk berkecil hati. Setiap hos ada gaya dan cara penyampaian mereka yang tersendiri. Jujur Awal akui terdetik juga di hati untuk menjadi hos utama di mana-mana majlis penganugerahan, tapi Awal juga merasakan bukan masanya lagi untuk menjadi hos utama. Untuk ke arah itu, seharusnya kita kena membuktikan yang kita mampu melaksanakan sekecil-kecil tugas yang diberi.

"Bagi Awal, setiap hos program sama penting tak kiralah dia di belakang tabir atau melaporkan dari lokasi. Walaupun apa jua peranan yang digalas, Awal menganggap itu sebagai pengalaman dan peluang keemasan yang cukup berharga. Menjelang AIM 15 nanti, Awal akan bersama-sama Tini memberi input atau maklumat berkaitan fesyen dan sejarah muzik di dalam AIM," kata Awal yang mendapat respon yang baik menerusi butik onlinenya, Mannequeen (mannequeenclothing@blogspot.com).

Menyusuri perkembangan barunya dalam dunia lakonan, Awal bergandingan dengan dua pelakon tersohor dari Filipina, Jericho Rosales dan Kristine Hermosa menerusi drama Eliza untuk siaran RTM. Drama berbahasa Inggeris itu menjalani penggambaran di Malaysia dan Filipina, turut menampilkan model dan pelakon, Carmen Soo. Ia usahasama produksi Malaysia dan Filipina.

"Drama itu diarahkan oleh pengarah dari Filipina, Gilbert Perez. Awal rasa seronok dapat berganding dengan Jericho dan Kristine. Rasa kecil sangat kalau mahu dibandingkan dengan mereka. Awal sedar yang Awal bukanlah bagus sangat dalam arena lakonan, baru belajarlah katakan. Awal baru saja menjalani penggambaran di Malaysia beberapa minggu lalu. Pada awal Jun nanti, Awal akan terbang ke Filipina untuk menyambung penggambaran” tuturnya ringkas.

Awal Diikat Cinta Eliza

May 31st, 2008 by awal-ashaari

NAMA Awal Ashaari pastinya tidak asing lagi di kalangan peminat seni tanah air. Tidak hanya aktif sebagai model, jejaka kacak ini cukup laris sebagai pengacara dan pelakon. Malah, drama lakonannya, Impak Maksima yang kini disiarkan di TV3 amat diminati ramai.

Bukan itu saja, program W yang dihoskan setiap Rabu, jam 11.30 pagi pun turut mendapat perhatian penonton. Namun, sasaran utama Awal pada lakonan tidak pernah ‘lari’. Bahkan, tawaran diterimanya tidak putus dan terbaru dilamar menjayakan drama usaha sama.

Siapa sangka, bakat pengacaraan Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari yang menyerlah dalam One In A Million (OIAM) menjadi pembuka laluan padanya ke pentas drama terbitan bersama Malaysia dan Filipina, Eliza sebanyak 26 episod.

"Saya tidak pernah menyangka diberi peluang sebesar itu. Tambahan pula, ia drama berbahasa Inggeris yang membabitkan kerjasama antara dua negara. Malah, hanya empat saja pelakon dari Malaysia dipilih menjayakan drama Eliza ini.

"Selain skripnya yang mengetengahkan kisah cinta pasangan kekasih, drama ini turut dibintangi dua pelakon popular Filipina masa kini iaitu Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Melihatkan pembabitan mereka, saya amat teruja dan berdebar.

"Maklumlah, bakat lakonan mereka hebat. Itu yang membuatkan saya risau dan kecut perut dibuatnya. Tetapi, saya akan cuba membawakan watak saya sebaik mungkin dan membuktikan pelakon Malaysia juga boleh. Namun, saya tetap menggigil memikirkannya," kata Awal.

Menyentuh soal penggambaran, Awal berkata drama itu sudah memulakan penggambaran kira-kira dua minggu lepas dan babak yang membabitkannya pula bermula Jumaat minggu lalu. Bagaimanapun, katanya lokasi dibuat di Malaysia dan Filipina.

Awal berkata Eliza juga dibintangi aktres Carmen Soo dan Louisa Chong. Malah, jika semuanya berjalan lancar, penggambaran akan berakhir sekitar Jun ini. Apapun, katanya drama itu amat mencabar dan berharap Eliza akan mendapat sambutan.

Berbicara mengenai pemilihannya itu, Awal berkata mungkin disebabkan kelincahan mengacarakan OIAM sebanyak dua musim membuatkan pihak produksi di Filipina berminat. Katanya dalam OIAM dia bertutur dalam dwi bahasa, Melayu dan Inggeris.

Apapun, Awal yang pernah memenangi anugerah pencarian model jenama pakaian French Connection United Kingdom (FCUK) pada 2004 dan seterusnya, Cleo 2005 turut menjalankan perniagaan butik secara online di laman web mannequeenclothing.blogspot.com

Bukan itu saja, anak kelahiran Kampung Baru ini tidak kisah digelar lelaki metroseksual. Baginya, sebagai pelakon penampilan amat penting. Justeru, fesyen perlulah dipelbagaikan untuk kelihatan kacak dan bergaya. Oleh itu, tidak wajar ia dipertikaikan.

Lelaki Di Dunia Wanita

May 31st, 2008 by awal-ashaari

Hi_0111_1

Awal Ashaari

SELEBRITI popular miliki jenama sendiri sudah menjadi trend. Mereka menjadikan populariti sebagai daya penarik memikat hati pengguna khususnya peminat untuk meraih perhatian.

Memang mudah untuk mendapatkan publisiti tetapi sejauh mana konsep ini membuahkan kejayaan, ia bergantung kepada keseriusan selebriti terbabit meneruskan empayar bisnes yang hendak diterokai.

Pemilik nama Awal Ashaari ini pula bukanlah selebriti yang sudah cukup puas menempa nama dalam industri. Namanya belum cukup gah dan masih terlalu banyak onak yang perlu dilaluinya untuk dibanggakan.

Tetapi dalam satu soal lain, Awal boleh dipuji kerana ada wawasan untuk memajukan diri sendiri. Bukan bercakap tentang kariernya yang sedang mekar tetapi Awal kali ini bercerita tentang minatnya yang menjadi sayap kanan untuk menambah periuk nasi kedua.

Dalam diam, Awal sebenarnya sedang berjinak-jinak dengan bisnes fesyen. Bukan sebagai pereka fesyen mahupun muncul dengan jenama sendiri, tetapi melangkah setapak untuk bergelar pedagang fesyen.

"Saya selalu ubah penampilan setiap kali keluar. Selalu juga kawan-kawan dan peminat bertanyakan apa jenis fesyen yang saya pakai. Dari situ saya dapat idea untuk mulakan bisnes ini," jelas Awal tentang bisnes pakaian dan aksesori yang baru diceburinya sejak enam bulan lalu.

Dengan jenama mannequeenclothing.blogspot.com, Awal bersama empat lagi rakan kongsinya memilih untuk tidak membuka butik tetapi memperdagangkan jenama mereka menerusi internet.

Strategi itu lebih mudah dan tidak perlukan banyak bajet. Kata Awal juga, cara itu lebih efisien, memandangkan mereka tidak perlu memberikan komitmen 100 peratus terhadap pengurusan sesebuah butik memandangkan masing-masing ada karier tetap.

Menyifatkan bisnesnya sebagai kecil-kecilan tetapi Awal puas-hati kerana dalam tempoh enam bulan, sambutan dan jualan yang diperolehi boleh dikategorikan ’sudah pulang modal’.

Tidak memilih barangan berjenama mewah sebaliknya harga barangan di butik internet beralamatkan Mannequeenclothing.blogspot.com yang sedang diusahakan Awal ini hanyalah dalam lingkungan RM30 hinggalah RM125 sahaja. Sangat berpatutan.

"Saya sengaja tidak memfokuskan jenama mahal kerana sendiri serik dan pernah menjadi mangsa fesyen. Pernah satu ketika saya berbelanja ribuan ringgit dalam sekelip mata kerana terlalu mahukan barangan mahal.

"Beli kaca mata mahal dan banyak lagi. Ada yang masih ada tetapi banyak juga yang sudah hilang. Kerja macam saya kena banyak bergerak. Kadang-kadang saya tersalah letak dan hilang begitu sahaja," luah Awal yang pernah menjuarai pertandingan FCUK Model Search Malaysia 2004 dan Cleo Most Eligible Bachelor 2005.

Walau bagaimanapun bagi Awal, barangan berjenama penting untuk kepuasan dan kualiti. Untuk koleksi peribadi seperti kasut, jam dan beg, Awal masih memilih barangan yang berjenama kerana barangan sebegitu perlukan kualiti untuk digunakan dalam jangka masa yang lama.

Hi_0131

LAMBANG lelaki metroseksual sejati ada pada jejaka kacak ini.

Menceritakan keseronokan menguruskan butik internetnya, Awal sekarang kerap terbang ke Hong Kong, China dan Thailand untuk membeli-belah. Bukan untuk diri sendiri tetapi mencari koleksi terbaru memenuhi rak-rak butik yang masih perlukan banyak sentuhan.

"Kalau hendak beli dari Jepun atau Korea, mahal sangat. Jadi, saya pilih Hong Kong dan Thailand, sebab dapat harga yang lebih rendah. Seronok buat kerja begini, saya boleh pilih ikut cita rasa saya sendiri, beli banyak-banyak dan bawa balik ke Malaysia untuk jual dengan nama Mannequeencloting.

"Sebelum jual, semua label asal perlu dibuang dan ditampalkan dengan jenama sendiri. Kami buat begitu kerana rasanya tidak salah memandangkan kami sudah membeli koleksi berkenaan, lagipun ia bukanlah koleksi berjenama bahkan ada sesetengah itu tiada sebarang label," jelas Awal yang ditemui pada majlis pelancaran tiga program terbaru TV3, W, Maria dan Icip-Icip di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Lebih menguntungkan, berbanding personaliti TV3 lain seperti Maria Tunku Sabri dan Ain Nabilah Umaruddin yang turut tampil dengan program baru, Awal adalah satu-satunya lelaki yang diberi peluang untuk mengendalikan program bercorak fesyen berjudul W.

Ia sebuah program majalah fesyen wanita yang disiarkan secara langsung di TV3 setiap Rabu pukul 11.30 pagi bermula kelmarin.

Bagi Awal, ini sebagai permulaan yang sangat baik. Di samping bercakap tentang fesyen, mengendalikan dan bertanyakan pendapat artis dan selebriti terkenal mengenai fesyen yang diminati mereka, secara tidak langsung, dia juga boleh menimba ilmu tentang dunia fesyen.

"Saya tidak rasa kekok untuk mengendalikan program ini walaupun ia fokus kepada fesyen wanita. Saya cuma menjadi perantara, orang kata, jika lelaki bercakap tentang wanita dan wanita bercakap tentang lelaki, perbincangan itu akan jadi lebih menarik," kata Awal berkeyakinan.

Rezeki nampaknya semakin menyebelahi jejaka yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur ini. Tidak sahaja mendaki sukses antara pengacara lelaki yang semakin lebat mendapat tawaran, Awal didatangi satu lagi tawaran yang tidak mampu ditolak.

Pernah berlakon menerusi dua buah filem, Diva dan Impak Maksima serta Impak Maksima The Series (TV3), Awal bertambah teruja apabila diberi peluang berlakon di sisi pelakon terkenal Filipina, Jericho Rosales dan Kristine Hermosa menerusi sebuah drama bersiri bertajuk, The Gangters Daughter.

Menerusi drama bersiri 26 episod disiarkan RTM itu, Awal digandingkan bersama Kristine manakala Jericho pula digandingkan aktres Malaysia, Carmen Soo.

"Saya takut dan gementar sebenarnya. Ini drama bahasa Inggeris pertama lakonan saya. Saya juga masih baru dalam bidang lakonan sedangkan Jericho dan Kristine, nama yang sangat besar di Filipina, saya saya ‘kecil’ sangat berbanding meraka," beritahu Awal yang dijadualkan ke Filipina sekitar Jun nanti untuk meneruskan penggambaran drama ini di sana.

Trauma Awal Ashaari

May 31st, 2008 by awal-ashaari

Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED (metra.mohamed@utusan.com.my)
Hi_01_big1

BIJAK berfesyen, Awal kini mengendalikan program W yang menyingkap mengenai fesyen artis wanita.

PERNAH menjuarai French Connection United Kingdom (FCUK), Model Search Malaysia 2004 serta Most Eligible Bachelor 2005, jejaka kacak ini terus dilabel sebagai lelaki metroseksual.

Bertitik tolak daripada itu, dirinya kian popular serta laris di pasaran dalam mewarnai dunia seni hiburan tempatan.

Bermula sebagai penyampai anugerah di beberapa majlis anugerah seperti Festival Filem Malaysia, Asian TV Awards Singapore dan Anugerah Skrin, dia kemudiannya dilamar untuk menjadi pengacara serta pelakon.

Dalam dunia lakonan, jejaka berusia 27 tahun ini pernah muncul menerusi drama antaranya Cinta Medik, Impak Maksima The Series dan Impian Ilyana selain filem Diva, I’m Not Single serta Apa Kata Hati?.

Petah berkata-kata, dia kemudiannya diberi kepercayaan untuk menjadi hos bagi program realiti One In A Million, Generasi Y dan terbaru, W.

Begitulah popularnya empunya diri bernama Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali dengan panggilan Awal.

Namun, di sebalik peningkatan popularitinya serta label metroseksual yang melekat dalam dirinya, Awal kini bagaikan trauma.

Mana tidaknya, memegang status itu, dia harus menjaga penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki dengan fesyen terkini dan sudah tentunya berjenama serta mewah.

Mengakui puas andai seluruh badan bermandikan fesyen berjenama, Awal akhirnya sedar.

"Memang ada kepuasan jika memiliki barangan mewah dan berjenama tetapi jika kita asyik memikirkan tentang itu, kita boleh ‘mati’.

"Satu ketika dahulu, saya amat fanatik terhadap pakaian berjenama sehinggakan berhabis banyak duit.

"Hampir-hampir saya hidup merana gara-gara mengejar status mewah,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program W, Maria dan Icip-Icip terbitan TV3 di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

W akan dihoskan oleh Awal, manakala Maria dan Icip-Icip pula masing-masing oleh Maria Tunku Sabri dan pendatang baru, Anis Nabilah Umaruddin.

Menyambung bicara mengenai jenama, Awal kemudiannya menjelaskan kini hidupnya semakin bahagia apabila mengubah stail hidup.

"Sekarang saya tidak fikirkan sangat soal memilih pakaian berjenama kecuali tiga benda iaitu kasut, jam dan beg.

"Apa yang saya nampak elok walaupun murah, saya akan beli. Kadang-kadang, pakaian yang murah akan nampak eksklusif jika kita pandai menggayakannya.

"Untuk itu, kita perlu jadi seorang yang kreatif,” jelas anak kelahiran ibu kota ini lagi.

Bila Awal bicara mengenai fesyen wanita

Menyentuh mengenai fesyen, baru-baru ini Awal dilamar TV3 untuk mengendalikan sebuah rancangan berjudul W.

Uniknya, program terbaru yang bersiaran setiap Rabu, pukul 11.30 pagi itu akan menyingkap perkembangan semasa selebriti dan ikon wanita dalam industri hiburan. W turut membongkar fesyen terkini kalangan artis wanita.

Ditanya mengenai pembabitannya terhadap fesyen wanita, Awal berkata: "Memang ada yang mempertikaikan apakah saya mampu mengacarakan program bercorak fesyen wanita.

"Sebenarnya, dalam W, saya tidak akan komen apa-apa mengenai fesyen wanita. Semuanya akan dikomen oleh pakar.

"Saya memang minat fesyen. Pengalaman menjadi hos red karpet (karpet merah) dalam banyak acara telah memberi saya banyak input mengenai fesyen terutamanya fesyen wanita.

"Saya juga banyak berkenalan dengan pereka fesyen. Dari situ, saya belajar dan ia membantu saya mengacarakan W,” katanya.

Awal dan Mannequeen

Menurut Awal, ekoran minatnya terhadap dunia fesyen, dia dan beberapa lagi rakan kongsi sudah pun memulakan perniagaan pakaian dan aksesori berkonsepkan butik secara online.

Menggunakan label Mannequeen, butik online itu menjual segala barangan seperti pakaian, jam, kasut dan beg.

"Dari harga serendah RM30 hingga RM130, orang boleh membuat pesanan dengan melayari www.mannequeenclothing.blogspot.com.

"Segala pakaian dan aksesori itu dibeli ketika saya dan beberapa lagi rakan kongsi melancong ke luar negara seperti Bangkok, China dan Hong Kong.

"Idea mewujudkan butik online hadir daripada peminat yang amat menggemari apa sahaja yang saya minat dan pakai.

"Dari situ, saya akan membeli pakaian yang saya minat di luar negara dan jual menerusi butik online itu,” katanya.
Berlakon bersama bintang Filipina

Selain menjadi hos W dan Generasi Y, awal bakal mencipta nama di Filipina apabila ditawarkan berlakon menerusi drama bersiri The Gangster’s Daughter arahan Gilbert Perez.
Apa yang membanggakan Awal juga ialah dia akan bergandingan dengan dua pelakon popular Filipina iaitu Kristine Hermosa dan Jericho Rosales.
Pengambaran drama berkenaan akan bermula 4 April di Malaysia dan Filipina pula sekitar Jun depan.
"Drama bersiri ini akan ditayangkan di RTM dan sebuah stesen televisyen di Filipina. Drama ini menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Tagalog,” katanya.
Ujar Awal, pembabitannya dalam drama itu merupakan peluang keemasan baginya untuk mencipta nama serta mempelajari teknik lakonan dari dua pelakon ternama iaitu Kristine dan Jericho.
"Saya rasa amat kecil jika hendak dibandingkan dengan mereka berdua. Umum ketahui yang mereka adalah pelakon hebat.
"Saya akan buat yang terbaik dan akan mengaut seberapa banyak ilmu dengan mereka serta pengarah di sana,” tambahnya.

Awal of all trades

May 31st, 2008 by awal-ashaari

YOU may regard him as a young and budding talent but there’s no denying that Awal Ashaari is well on his way to solidifying his position in the industry. It’s hard to miss the 26-year old as he hosts a number of programmes on a couple of channels. Added to that of course is the distinctive blonde-streaks and spiky hair that are kind of hard to miss.

"He doesn’t let anybody touch his hair," jokes his manager when asked whether he would need a hairstylist for the shoot.

He recently fronted the reality television show One In A Million for a second time on the urban oriented 8TV. He is currently hosting the youth talk show Generasi Y on the conservative RTM and he is the only male to join the bevy of female presenters on TV3’s Wanita Hari Ini, helming the fashion focussed edition, W, on Wednesdays.

983216107_l1_1               

Apart from that, he is frequently seen on numerous television dramas, which add to an already lengthy resume that includes appearing in the feature films Diva and the soon to be released Apa Kata Hati. An added trivia is that he auditioned and made it to semi-final round of Malaysian Idol and he is currently the ambassador for karaoke establishment Red Box.

All this exposure may lead to the perception, that he, like many of his generation of celebrities, seem to have a hand and a foot in every aspect of the entertainment industry.

"You could say I’m all rounder, a jack of all trades," he says at a recent interview. "I feel at this point in time - age 22 to 31 - is a time to experience and get a feel of things. I tried to make it as a singer and I tried acting. By doing this you learn how to appreciate the different things.

"I feel it’s like a jigsaw puzzle and you have to sort through it to find the pieces that fit," he explains.

For now, he feels that hosting is what suits him best. Part of the reason is that hosting allows him to be himself. When acting, he has to transform himself into someone else and that often requires him to revert to his natural black roots and conventional side-parting.

It’s pretty obvious that things that are staid and run of the mill aren’t the sorts of things that would appeal to Awal. He began his on-air career reading the news on 8TV. While doing that, a friend of his suggested that he participate in the FCUK model search back in 2005.

"I was always complaining," he says. "I was sick and tired of reading about death and murders."

He wound up winning the competition. Astro’s Beat TV happened to be covering the competition and were coincidently looking for a new male host. That kicked things off. Being given the opportunity to host One In A Million was a big deal, given the quantum of the prize money involved.

It hasn’t always been an easy ride though. The programme Sensasi which dealt with gossip that plagued those in the entertainment industry ended on a controversial note when local artiste Rosnah Mat Aris made a comment that was perceived to be an insult to Prophet Muhammad’s wife.

"It was quite depressing," he admits. "Just as the show started it got banned."

But the whole episode is now buried in his past. Helming entertainment shows, he says, is his thing and he is focussed on achieving his goal of becoming an icon in the entertainment industry.
Ym_pg04awal3 

"When you ask anyone who is a good host, they will say Aznil, so I want to be a that level," he states.

And if you look at his body of work, you will be impressed by the volume of what he has accomplished, an indication of the fact that he is willing to work to achieve his goals. What drives him?

"I need money," he laughs. "I have a lot of commitments and I like to buy a lot of stuff. When I look at my bills, that’s what motivates me."

But on a more serious note, he adds, "everyday there’s a lot of new talent and the competition is getting tougher."

One thing’s for sure. If nothing else, he’s got a distinct style that distinguishes him for the rest. When he first started, he only wore jeans and didn’t even own a pair of dress shoes.

Over time, however, he realised the need to dress up more. Now, he’s reached a balance that reflects his personal style.

He’s even ventured into the clothing business, selling stuff online at mannequeenclothing.blogspot.com

"I like to mix and match to create my own image," he says. "An image that is Awal."